Tuesday, May 31, 2011

Nea akit angan :(

Bulat :)


Ehehe. Eceh, belum apa apa dah gelak, tak de la, sebenarnya aku bosan la, tak ada apa apa nk buat kan, so aku decide nak cerita sikit pasal DANEEA J ANAK MANJA MUMMY AND DADDY sorang tu. Eee, makin hari makin geram dengan bulat tu, semalam kesian dekat dia nea. Dia punya tangan terseliuh, sikit sikit menangis dah anak aku tu “miee, akit, angan akit mie, mieee” haiii, sabor je la aku kan nak kena mengadap dia, kesian kat dia semalam, tangan kiri dia tu dia taknak angkat sangat. Dia pun tak habis habis cakap dengan aku “miee, etak ubat, akit” “mie uyut , nak uyut” haha. Kelakar pulak semalam tengok dia, masa balik nak mandi kn dia lagi la aku macam nak menjerit je, sebab aku Tanya dia “nea, balik kena mandi okay, nea kotor, busyuk, mami buat air panas k, nea mandi air panas tau” . sampai je rumah, aku dah masak air semua, aku letak la air panas dalam bath tub dia, lepas tu, aku jirus je, terus nea cakap “miee anassh, anassh,(sambil menangis),setahu aku, air tu mmg takde la panas gila, lepas tu aku Tanya dia, “habis, nea nak mandi air sejuk?”  nea cakap “nak andi air  cejukk”, okay, bila aku jirus air sejuk, melompat dia “miee, ejukk, nanak, nanak air cejuk”, nak anassh” YA ALLAH, sabar je aku, tp aku tergelak jugak masa tu. Haha. Lepas tu semalam, masa sebelum nak tidur, aku bacakan buku 399 fairytales story book. Sibuk la dia dok Tanya aku “mie ane moon? Ane star? Haa tu horse, “ macam – macam la dia semalam, lepas tu aku cakap la dekat dia, esok kite balik rumah tok mummy yee, lepas tu dia Tanya aku, “uma tok mummy?, ane tok daddy? “ aku jawab la “tok daddy dekat rumah tok mummy la” , dia Tanya lagi, “ane ayah long?” jawapan yg sama aku bg, dia Tanya lagi aku, “ane macue?” , jawapan yg sama aku bagi, tiba2 dia cakap dengan aku , pekat punya dia sebut “ ayah along, kak imah, yah long ukak kak imah “ wakakakakakaka. (AYAH LONG YANG BUKAK DEKAT NEA HANTU KAK LIMAH, itu yang dia maksudkan) wahahahaha. LASTLY, aku cerita dengan dia, wan tikah ada dekat rumah tok mummy, menyesal pulak bgtahu, sebab lepas je aku cakap wan tikah ada rumah tok mamy, dia Tanya aku “ane wan tikah? Wan tikah ane? “ aku rasa nak dekat 50++ kali dia Tanya aku pasal wan tikah, aduh, sumpah letih nak menjawab. Grrr. Tapi takpe, kerenah anak tgh sakit J lagi satu la, semalam tengok cerita Juvana dengan nea sekali, haha, daneea bole tiba2 gelak tgk cerita tu, HAHA. Apa yang dia gelakkn aku tak tahu le. Kat bawah ada video cartoon yang daneea suka J


haha, daneea kalau dengar je lagu ni, bontot dia mesti goyang :)
lagi satu nea suka cartoon kereta api ni :)


nea kalau dengar je ni, dia mesti jerit  KINGTON KINGTON! HAHA


HAPPY BIRTHDAY :)

toin toink, jadi hari ini, aku khaskan di sini untuk DYA MOHAMAD, memandangkan aku dengan kau agak jauh sekarang ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI JADI for you my dear. Takde hadiah la nak bagi L tapi aku hadiakan POEMS utk kau okay J, sebelum aku hadiahkan poems khas untuk kau, ada beberapa perkara aku nak ucapkan J seperti berikut :

1.     A true friend remembers your birthday but not your age.
2.     "A good friend would bail you out of jail, but a true friend would be sitting next to you saying,""That was AWSOME""!!" (haha :p)
3.     You're a true friend,that I want you to know,Our love for each other has me tough times,but we've made it through The only one I ever trusted was you.
4.     Birthdays are good for you. The more you have, the longer you live.
5.     May you live all the days of your life.
6.     I LOVE YOU J


On your birthday,
I wish for you the fulfillment
of all your fondest dreams.
I hope that for every candle
on your cake
you get a wonderful surprise.
I wish for you that
whatever you want most in life,
it comes to you,
just the way you imagined it,
or better.
I hope you get as much pleasure
from our friendship as I do.
I wish we were sisters,
so I could have known you
from the beginning.
I look forward to
enjoying our friendship
for many more of your birthdays.
I'm so glad you were born,
because you brighten my life
and fill it with joy.
Happy Birthday!!
song for you :)


Friday, May 27, 2011

hasad dengki dan cemburu

Assalammualaikum
Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf di atas segala yang akan aku perkatakan nanti, akan tetap, apa yang bakal aku ceritakan nanti bukanlah nak menyinggung perasaan mana mana pihak, harap faham. Ini adalah lumrah kehidupan yang berlaku dalam hidup ORANG MELAYU...
Masalah pertama adalah HASAD DENGKI.

“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali-Imran: 120) 
Jadi dekat sini aku bukan nak kata apa la kan. Tapi kalau boleh hindarkan, apabila kite dengki kepada seseorang, NIAT JAHAT kita AUTOMATIC dalam kepala, macam macam kita nak buat kat dia, kan tak baik tu, tu namanya dah naya orang, contoh la , kau tak puas hati dengan teman sepejabat korang, padahal dia tak buat apa – apa pun, just sebab kau sentap tengok dia dah mula rapat dengan orang lain, habis kau bawak mulut dengan semua orang dalam pejabat and boss, buatnya kau naya dia sampai dia kena buang kerja macam mana ? fikir tak yang dia dating kerja nak cari rezeki yang halal nak tanggung anak and keluarga la senang, bila kau aniaya dia, macam mana dia nak cari makan ? Dan apabila kau tengok pulak, hidup dia bahagia walau kau tahu yang hakikatnya hidup dia tengah susah dan banyak masalah, tapi kau DENGKI tgk dia hidup bahagia sedangkan kau tidak. Fikirkanlah. BERINGATLAH SEBELUM TERKENA PADA BATANG HIDUNG KAU SENDIRI, ALLAH MAHA ADIL DAN MAHA BERKUASA, bila – bila masa boleh kena pada diri kau balik. Buanglah sikap HASAD DENGKI itu. WALHAL orang tu tidak berbuat apa apa pun dekat kau, bagi aku, setiap orang ada TAHAP KESABARAN. TANPA KAU SEDAR PERLAHAN – LAHAN ORANG ITU NAMPAK KAU CUBA MEMBURUKKANNYA. INSAFLAH wahai hamba Allah sorang ni. UMUR MAKIN MENINGKAT, RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI. Jangan ada sifat tak puas hati tu. Di sini, aku doakan kau cepatlah bertaubat. YA ALLAH KAU UBAHLAH SIKAP ********* DAN BUKAKANLAH PINTU HATINYA. AMIN. Jangan tunggu sampai Allah dah TUTUP PINTU HATI KITA. Sedarlah wahai manusia. JANGAN ASYIK NAK BUAT ORANG. INI IBARAT ENGKAU TIKAM DARI BELAKANG.


Meskipun sikap hasad itu merupakan sikap yang buruk dan mesti kita hindarkan daripada diri kita, namun Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa tidak semua sikap hasad itu buruk. Ada juga yang positif sehingga boleh dimiliki dan dilakukan. Perkara ini dinyatakan oleh baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud: 
“Hasad tidak diperbolehkan kecuali dalam dua perkara, iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t harta yang banyak lalu digunakan untuk kepentingan kebenaran dan iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t dengan ilmu yang banyak lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Riwayat Bukhari)

Terus terang aku cakap dekat sini, aku tak berniat nak menyindir siapa – siapa, yang mana yang terasa tu, nasib koranglah sebab terang terang aku cakap AKU TAK MENYINDIR SIAPA SIAPA. Dulu aku pun ada sikap DENGKI ni, tapi lama – lama, kita dah besar, pandai fikir, buat apa nak ada semua sikap tu ? betul takk? Chill sudah laa.  Aku bosan ni, tiba2 terlintas nak cakap pasal isu ni.
Seorang cendikiawan berkata: ” Orang yang  memeliki perasaan hasad dengki  telah menentang Allah s.w.t. dengan lima perkara  iaitu:
·         Kerana dia membenci nikmat Allah s.w.t. yang telah diberi kepada  orang lain.
·         Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah dia berkata: “Mengapa Engkau bagiku  benda seperti ini ?”
·         Dia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
·         Dia menghina waliyullah (kekuasaan ) sebab dia ingin mencabut nikmat Allah s.w.t. yang telah diberikan kepadanya.
·         Dia telah membantu  iblis laknatullah.

Masalah Kedua adalah CEMBURU.
Cemburu ni kita dah biasa dengar dekat mana mana, tapi dekat sini, aku tak nak ketengahkan isu CEMBURU DALAM ALAM PERCINTAAN! Uikss, malas aku, tak kawen apa semua, tak ada hubungan yang sah, tak payah lah nak cemburu cemburu ni, buang masa and waktu korang je sebenarnya sebab dah tentu ke korang akan kahwin dengan orang yang korang tengah BERCINTA tu ? ok dah dah, malas cakap pasal tangkap cintan ni. Cemburu dengan dengki lain maksudnya, nanti aku terangkan perbezaan tu . apa yang aku nak ketengahkan ni sifat cemburu pada kawan – kawan, kadang – kadang aku sendiri pelik, jadi dekat diri aku jugak kadang – kadang la kan, kenapa perlu cemburu terhadap kawan – kawan sendiri ? apa keistimewaan mereka, akan tetapi setiap hamba Allah ada keistimewaan masing – masing, semua orang ada tu, jadi tak payah la nk cemburu ke apa, tak payah la nak update update status kat FB yang korang cemburukan sesiapa, buat malu diri sendiri je la, okay ? boleh cemburu dekat kawan – kawan, tapi beragak la kan, jangan la sebab kawan kau dapat beli bra kat LA SENZA pun kau cemburu jugak, itu namanya OVER CEMBURU. Hidup ni ikut kemampuan masing – masing.
Ulama akhlak dalam maktab Ahlul Bait telah mengklasifikasikan Hasad dan cemburu sebagai dua entiti yang berbeza. Kebiasaannya orang yang mengidap penyakit Hasad akan tidak senang duduk, malah dirinya tidak akan puas selagi orang yang dihasad itu belum ditimpa musibah. Pengidap penyakit ini akan cuba sedaya upaya supaya kelebihan yang ada pada orang lain disingkirkan. Namun orang yang cemburu pula tidaklah tergamak melakukan perbuatan khianat bahkan ia hanya berangan-angan ingin kelebihan itu ada pada dirinya juga.
Cemburu tidaklah haram asalkan dalam persaingan mendapatkan sifat-sifat yang baik contohnya sifat sedekah, ahli ibadat atau kejayaan hidup yang menjadi inspirasi semua orang.
Imam Sodiq mengatakan:
ان الموءمن يغبط ولا يحسد والمنافق يحسد ولا يغبط
"Orang yang beriman cemburu tetapi tidak Hasad. Orang munafiq berhasad dengki namun tidak cemburu". - al-Kafi, jilid 2 halaman 307
Riwayat daripada Rasulullah:
ان المؤمن يغبط و المنافق يحسد
"Sesungguhnya orang beriman cemburu, dan tidak berhasad" - Mahajjatul Baidha, jilid 5 halaman 33.
Kesimpulan.
Hasad mencetuskan usaha menghalang seseorang tidak mencapai kegemilangannya. Namun cemburu pula meningkatkan motivasi seseorang itu berusaha sedaya upaya supaya ia mendapat kejayaan dalam jurusan yang diimpikannya.
Dengan ini aku ingin meminta maaf kepada mana mana pihak yang terasa.
YA ALLAH YA TUHANKU, KAU JAUHKANLAH AKU DARI PERKARA HASAD DENGKI DAN CEMBURU INI. AMIN.



Monday, May 16, 2011

MIMPI

Hello kawan – kawan.  Anda sihat tak ? cehh, kecohnya aku ni, HEHEHE. Ala, takpe la kan. Haa, saja la nak bercerita dekat sini, pagi tadi masa on the way nak pergi kerja, masa dekat dalam kereta, husband aku bukak cerita dekat aku, semalam dia cakap dia mimpi, waaa, aku suka gila mimpi dia ni, for is funny sangat lah, haha. Macam ni jalan cerita mimpi dia, masa laki aku dalam kereta, tiba – tiba dia Nampak aku ngn kawan aku tgh berjalan menuju ke satu rumah kosong, then husband aku ikut je aku mana aku pergi, bila dalam mimpi dia, dia masuk sekali dalam rumah tu tanpa aku sedar, kitanya dia macam mengintip aku la, husband aku cakap, bila masuk, dia Nampak ramai sangat lelaki dalam rumah tu, and lelaki dalam rumah tu semua memang muka gangster gila, laki aku sdri cakap muka gangster gangster, haha, mana aku tak gelak kan, ekek, then, dia terdengar perbualan aku dengan seseorang ni  “ha, macam mana, abg hakim kau makan tak nasi lemak dia semalam?” aku bertanya kepada seseorang , “ hurmm, makan kak, tapi tak habis la semalam, sikit je abg makan” kata salah seorang gangster . “takpe la kalau macam tu, nah amek balik duit ni”, sambil aku mengeluarkan duit dari dompet aku lalu menyerahkn wang itu kepada salah seorang gangster itu, lalu aku pun beredar, sampai2 je dekat rumah, suami aku terus Tanya, “siapa Hakim?”, lantas jawabku “mana ada siapa – siapa, kawan je”, lalu aku mengaku yang aku ni awek Hakim tu. HAHA, funny kan? Ermm, then laki aku terus masuk kereta skyline dia (dalam mimpi husband aku ni dia pakai kereta skyline), terus dia pergi rumah kosong tu , masuk masuk je, dia menjerit, “siapa hakim?!!” , lantas seseorang  daripada gangster itu menengking husband aku “lu siapa cari Hakim?”  lantas  terus semua gangster gangster tu husband aku tibia, HAHAHA, jap, rupanya husband aku cakap, aku bercinta dengan KEPALA GANGSTER TU, hahaa, then tiba tiba je husband aku Nampak salah seorang gangster tu bako kereta sklyline dia and laki aku terus capai kereta Lamborghini (wah, dalam mimpi dia aku pakai kereta sport ni, dasyat betul mimpi husband aku ni.haha) lepas tu dia terus kejar kereta dia yang dibako tu, aduh aduh, lepas tu husband aku TERJAGA DARI MIMPI DIA PUKUL 4 PAGI, heee J aku tergelak je bila teringat mimpi dia, kiranya husband aku kuat lah bole tewaskan semua orang. Yang buat kelakar tu, husband aku sebelum cerita mimpi dia kat aku, dia nak jerat aku, dia tnya, siapa HAKIM? HAKIM ADA MSG YOU DALAM FB. Aku pelik sebab aku memang tak ada kawan nama HAKIM, tp sepupu aku nama HAKIM ada la, pelik pelik laki aku ni, tak caya isteri sgt, last last dia cakap nama HAKIM TU MUNCUL DALAM MIMPI DIA, haha J anyway, mimpi husband aku ni layan ouh.  J


Monday, May 9, 2011

THOR

awwwww... macam mana nak cakap ni, sambil aku type keyboard ni, aku tersengih je, rasa rasa macam tak bole nak dengar nama THOR la sebab aku rasa nak jatuh pengsan, HAHA . Hari sabtu hari tu pergi tengak movie ni dengan Husband, mula-mula tak nak tengok pun cerita ni sebab macam tak best, tapi abang aku cakap best gila pulak, apa lagi, terus beli tiket tengak in 3D. hihihi. memang terbaik and best ! 10 star aku bagi ! AHAHA. YA ALLAH , betapa hensemnya la hero dia si CHRIS HEMSWORTH. Aku dah jatuh cinta dengan dia, badan dia tak nak kalah la pulak la, Jalan cerita dia mmg best :) aku suka betul dengan dia punya skrip yang ni, I DEMAND A HORSE!!! we don't have any, we just have cats and dogs Than give me one thats big enough to ride on! HAHAHAHAHA. SUMPAH FUNNY :) 

mine mine mine <3
Sumpah rugi kalau tak tengok cerita ni, haha, kalau bagi korg dia ni tak hensem lantak la. for me sangat la hensem. hehehe :) suke gila ngn dia :) aku bagi tahu sikit tentang plot cerita ni. The warrior Thor (Hemsworth) is cast out of the fantastic realm of Asgard by his father Odin (Hopkins) for his arrogance and sent to Earth to live among humans. Falling in love with scientist Jane Foster (Portman) teaches Thor much-needed lessons, and his new-found strength comes into play as a villain from his homeland sends dark forces toward Earth..   
korang boleh la bukak OFFICIAL web filem ni dekat sini http://thor.marvel.com/ , and aku post kan video dia sekali untuk tatapan korang semua :)
ejoy it okayyy .


filem yang tak sabar aku nak tengok in 3D pulak lepas ni adalah THE PRIEST .  
aku macam rasa gempak pulak cerita ni nak tengok in 3D kan sebab banyak action, mesti terbaik jugak lah, fuhh, bulan mei banyak sangat cerita keluar la, habis la duit aku macam ni, asal ada 3D je mesti nak tengok jugak, HAHAHAAH.



So dekat sini aku nak bagi tahu sikit la storyline cerita Priest ni  :
PRIEST, a post-apocalyptic sci-fi thriller, is set in an alternate world -- one ravaged by centuries of war between man and vampires. The story revolves around a legendary Warrior Priest from the last Vampire War who now lives in obscurity among the other downtrodden human inhabitants in walled-in dystopian cities ruled by the Church. When his niece is abducted by a murderous pack of vampires, Priest breaks his sacred vows to venture out on a quest to find her before they turn her into one of them. He is joined on his crusade by his niece's boyfriend, a trigger-fingered young wasteland sheriff, and a former Warrior Priestess who possesses otherworldly fighting skills.
video cerita ni :


boleh tahan kan ? :) okayy, so, kepada siapa siapa tak yah nak cakap aku ni mengelabah konon aku sorang je yang tengok movie, ni nama dia apa? BLOG kan ? so BLOG boleh cerita apa yang aku nak cakap. thanks :)

Saturday & Sunday

Pewit, J haha, belum apa apa dah gelak aku ni, so tak ada apa apa la J , aku nak start karangan aku la, apa lagi, oraite then J hari sabtu haritu lepas balik je kerja, aku amik husband kesayangan aku tu, terus pergi KLCC, apa lagi, naik tingkat 3, line up for movie ticket lah, hahaha, tiba tiba terasa macam nak tengok wayang kan, nak tahu ke cerita apa? Mesti la cerita THOR ! wow! Dan sekarang aku dah jatuh cinta la dengan KING THOR SON OF ODIN ! wakakaka, sangat hensem okay !  nanti aku karang pasal cerita THOR tu. Habis movie dalam pukul 4 macam then terus balik rawang . Tak ada apa apa pun hari sabtu dengan Ahad aku, menghabiskan masa tolong mak mertua kemas rumah semua. Kalau tak siapa lagi la yang nak tolong mak mertua aku tu kan, ada je betino lain kat rumah tu, tp hampeh, depan mak mertua aku bukan lah main rajin, macam macam la kau tolong buat kan, tapi elok mak mertua aku pergi berniaga, wahhh! Memang gila pemalas lah kau kan. Boleh nak angkt baju mak mertua aku pun kau tak bole nak tolong kan,. Dah la sampai makan pun mak mertua aku hantar kan kat rumah. Dulu masa aku mengandung pun aku tak harapkn mak mertua aku buat aku macam tu, kau ni kalah raja weyh! Duduk mengkangkang je kat rumah kau kan, balik rumah je mesti aku sakit mata tgk kau, tak tahu la kenapa kan.  Aku makin jijik tengok kau, hahahaha. Lantak la, apa yang aku boleh buat, aku pun menumpang kat situ. Itu hal family laki aku, so aku tak nak campur, itu yang terbaik aku rasa J buat la apa kau nak buat, janji aku tak dengar apa apa yang buruk kau cakap pasal aku, kalau aku dengar, memang nahas la kau okay . itu tadi cerita hari sabtu la, ini aku nak cerita hari ahad punya cerita. Hari Ahad pun tak ada apa apa yang best, bagun pun nak dekat pukul 11, basuh baju semua, lepas habis tu semua, dalam tgh hari sikit, bawak adik adik ipar aku semua pergi pekan rawang, belanja diorg makan semua, lepas tu beli barang masak for dinner . tiba waktu petang, aku bawak anak aku jalan jalan dekat perigi tujuh kat serendah tu, bukan main suka anak aku tu, secara kebetulan, kawan kawan laki aku pun ada dekat situ. Lepak la dia kejap dengan kawan kawan dia, hehee. Erm, bila malam tiba, aku semua ke kedai mak mertua aku, apa lagi, main masak masak laa, waa, sangat seronok okay. Rezeki mak mertua aku, anak buah dia belikan udang untuk di masak, nyum nyum, Ya Allah sedapnya mak mertua aku masak. Hehe. Macam nak lagi je udang tu, makan ramai ramai semalam memang best la.. sempena hari ibu semalam, mak mertua aku rileks je. J biarlah dia rehat pulak kan . hihihii. Okayyyy.. this is what happen to me on Saturday and Sunday .  

Friday, May 6, 2011

What is a Mother?

A mother is someone to shelter and guide us,
To love us, whatever we do,
With a warm understanding and infinite patience.
And wonderful gentleness, too.
How often a mother means swift reassurance
In soothing our small, childish fears,
How tenderly mothers watch over their children
And treasure them all through the years!
The heart of a mother is full of forgiveness
For any mistake, big or small,
And generous always in helping her family,
Whose needs she has placed above all.
A mother can utter a word of compassion
And make all our cares fall away,
She can brighten a home with the sound of her laughter
And make life delightful and gay.
A mother possesses incredible wisdom
And wonderful insight and skill
In each human heart is that one special corner
Which only a mother can fill!

Ibuku Syurgaku ...

Dulu,
aku tak tahu apa itu IBU,
yang aku tahu ibu adalah seorang yang biasa sahaja,
yang selalu berada di sisiku di saat aku kesedihan dan menangis,

Dulu,
aku terfikir untuk apa IBU berada di sisi aku,
yang aku tahu hanyalah,
Ibu akan datang ketika aku ingin segala apa yang aku mahu,

Dulu,
aku tak pernah merindukan IBU,
yang aku tahu IBU itu adalah,
seorang yang suka membuat lawak dikala aku kesepian dan inginkan keriangan.

Namun sekarang,
aku merasa IBU adalah segala-galanya ,
dan aku seumpama ruang sahaja..

Sekarang,
aku merasa IBU adalah pencipta kerinduan,
dan aku adalah penikmat kasih sayang,

Sekarang,
Aku merasa, IBU adalah SYURGAKU,
Dan aku rindu berada di dalam pelukannya.

SELAMAT HARI IBU mak :) i love you always ! 
mummy, i always love you till death do us apart !

happy friday

hai hari ni hari JUMAAT. ni je kott nak cakap, tak de apa dah. bye :D