Wednesday, June 15, 2011

bila karaoke, lagu lagu ni WAJIB!!

Bila aku tengok jam je, alahai, baru pukul 2 lebih, alaaa, bila la nak dekat pukul 5 ni kan, aku tak sabar nak balik laaa. Adehh.  Lama dah aku tak pergi karaoke. Rindu pulak kan tambah tambah aku tengah pressure tahap gaban ni, so mesti la nak melalak pegang mike kan. Aku rasa siapa siapa pun kalau tension mesti  cari mike kalau nak lepas tension, hehe. Aku kalau orang suruh mnyanyi outdoor punya karaoke, jawapan aku memang  TAK  la, minta maaf sangat-sangat, aku memang malu, kalau karaoke dengan kawan-kawan sendiri takpe, hentam je. =)  so antara lagu – lagu yang kerap aku bawak bila karaoke je ialah lagu lagu ni :- 

ziana zain : madah berhelah



ziana zain : tiada jodoh antara kita



nadia : salam untuk kekasih



inka kristi : rela



siti nurhaliza : seribu kemanisan



siti nurhaliza : kesilapanku keegoanmu



awie & amy : gemuruh



awie : nur nilam sari



awie : Di penjara Janji 



Ella : sekuntum Mawar Merah



agnes monika : tanpa kekasih



Zaiton sameon : Menaruh Harapan 



Evanescene : Bring Me to life



Nikki Ardilla : Ku tak akan Bersuara 



Nikki Ardilla : mama aku ingin pulang



Kelly clarkson : because of you



Leaan rimes : cant fight the moonlight



Leaan rimes : life goes on



celine dion : My heart will go on



Faith hill : theres you'll be



haaa. ni la lagu lagu yang wajib aku akan bawak kalau kat karaoke, tak caye ke aku bawak lagu awie? ahaha, kena percaya laa. sebab aku tak bole bawak lagu low voice, tak sampai, tapi kalau high voice memang aku sampai la. :) dangdut?? MINTAK SIMPANG MALAIKAT 44. heee. tak minat! 
Thanks for drop by ! 

Tuesday, June 14, 2011

just a song ..

BILA NAK SAKSI
Lagu ni memang aku suka sangat – sangat dari start lagu ni keluar. Bagi aku, lagu ni indah sangat. Dah lama dah lagu ni. :)




Wajahmu kerap kumimpi
Wajahmu sering kupuja
Buatku terasa sepi

Kala ku bukakan mata
Kau masih belumpun kupunya
Rinduku masih kau tak peka

Cintamu kerap kumimpi
Cintamu sering kudamba
Buatku terasa sedih

Kala ku bukakan mata

Kau masih belumpun kudakap
Rinduku masih kau tak singkap

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?


Kau masih belumpun kupunya
Rinduku masih kau tak peka

Bila nak saksi kau datang terkulai?
Bila nak saksi kau datang membelai?
Bila nak saksi cintaku sampai?
Bila nak saksi cintamu kugapai?

Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu sering ku khayal
Aku angan-angankan






Monday, June 13, 2011

MAHARAJA LAWAK !! JOZAN SAHAJA! :D

heheehhe, well, aku ni sebenarnya tengah BOSAN tahap gaban ni, so aku decide nak tengok si JOZAN ni punya show la kan, sambil tu aku post la dekat blog aku ni, so senang, tak payah nak cari dekat youtube, hehehe.. okayy, enjoy the show lahh :) chill. 


minggu 1



minggu 2



minggu 3



minggu 4



minggu 5 




minggu 6



minggu 7 



minggu 8



minggu 9 



minggu 10


minggu 11 (tugasan 1)



minggu 11 (tugasan 2)



THANKS FOR WATCHING !! 

Saturday, June 11, 2011

BFF ever :)



Best friends we are ,
Best friends we'll be,
For always forever,
You and Me!

Longer than a phone call,
Deeper than the sea,
All this belongs to us,
You and Me!

Put it in a bottle,
Never let it free,
keep it in your heart,
You and Me!

I hope you
read this poem,
Remember it for me,
Look after it with care,
You and Me!




I LOVE YOU NAD :)

Friday, June 10, 2011

God please help me. jauhkan aku dari Lelaki ni AMIN. Girl,take care yourself !


Assalammualaikum terlebih dahulu aku katakana di sini. Hari ada satu pengalaman yang nak aku ceritakan. Pagi tadi aku keluar kerja dari rumah dekat Rawang dalam pukul 6.45 macam tu la, then aku singgah isi minyak dulu kat shell. Tak banyak pun, isi RM10 je, hope hari ni cukup la pergi kl balik rawang  dengan minyak RM10. Hurmm.. okay la, then aku terus la nak pergi kerja. Aku dah perasan kereta iswara hitam ni lepas dari traffic light KK Serendah tu, tapi aku still buat bodoh je la lagi, then sampai la ke Pekan Rawang je, dekat traffic Light Mydin tu, ke depan sikit ada satu bulatan (tak reti nak eja dalam bahasa inggeris, haha) dekat dengan Old town white coffee tu, nak di jadi kan cerita la kan, kebetulan pulak harini, aku memang bukak tingkap, aku tak bukak air cond pon, nak save minyak punya pasal kan, yela, minyak isi RM10, aku tengah susah sekarang ni. Ok, sambung cerita, elok kat bulatan tu nak pergi ke pukul 9 kan, aku dengar ada org buat bunyi burung(ala, yg mat rempit nk ngorat awek selalu buat bunyi ni kan), then aku buat tak reti, aku dengar lagi sekali, aku terpandang kanan, bila aku tengok, kereta iswara hitam tadi, India kat dalam kereta tu tau, dah tersengih- sengih, aku buat tak reti je la, dalam masa yang sama tu, aku try jugak nak lari jauh sikit dari dia, tapi tak boleh, sebab dia kejar rapat sangat, dia asyik cucuk belakang aku, kalau aku bawak laju sangat kang, terbabas ke tak sempat break pulak nanti, agak la kan, sebab kereta dia dah bikin baik punya, bunyi ekzos pun tak nak kalah kan. Tapi sampai je traffic light depan Tesco tu, terus terlintas dalam kepala otak aku, yang husband aku pernah pesan, once rasa macam kena follow dengan sesiapa je, terus tengok number plate kereta tu, so kepada semua wanita – wanita yang agak-agak nak kena follow dengan orang tak kenal tu, silalah terus tengok number plate kereta tu, aku pun terus tangkap number plate dia, so ni number plate ni WMG 6071. Nasib aku dapat tengok number plate dia sebab dia cucuk-cucuk aku ler. Memang pagi tadi ni menakutkan aku bila kena follow dengan orang yang macam ni, then dia buat la isyarat nak number phone, mula-mula aku nk buat tak reti je, nak je laju terus, tapi macam-macam dah dalam otak ni memikir, kalau laju, kang buatnya dia tiba- tiba saja langgar kita, nak kite berhenti punya pasal, risau jugak,  zaman sekarang ni, perompak, perogol ke, apa ke diorang nak buat kerja diorang tak kisah siang ke malam, sebab aku pernah dapat satu email yang perempuan ni kena siang siang buta, tapi perompak tu siap pakai baju polis, bagus kan perompak buat kerja? Bila dia tahan kereta lain, dah tentu kereta lain tak nak berhenti punya sebab Nampak polis, walhal bukannya polis pun. Hurmm, so dalam nak tak nak tuh, di sebab kan aku dah amek number plate kereta dia, aku jeling jeling jugak la, oh lupa, ada orang selalu pesan kat aku, kalau india kacau, jangan buat sombong sangat, sebab sekarang ni india kan lain macam sikit, takut jugak kalau dia simbah acid ke apa kan, da la yang menyimbah acid tuh Lelaki India. Ishhh.so sampai je dekat templer, aku Nampak la dia nak number phone aku, hotak dia! Kenapa la bila laki aku ada orang tak nak kacau, kalau aku sorang selalu sangat kena, contohnya, pernah dekat Sungai Buloh, ada JPJ buat road block, yang dia tahan semua lori, tiba-tiba, dia suruh aku berhenti, memang sengaja betul abet u masa tu, nak menggatal kan, then bukan nak apa pun, tengok lessen lepas tu Tanya aku pakai kasut ke tak,whthaaaa.. mmg dalam hati aku ni dah mnyumpah nyumpah dah JPJ tu. Okay , back to the story, hee, then sampai je kat sempadan templer park and selayang tu, dia tunjuk aku kertas tau, konon nak bagi aku, tapi aku buat tak reti, aku laju sikit ke depan then bila sebelah kiri aku tak ada kereta je, dia amek peluang, aku tak nak, tapi dia dah himpit bai, takkan aku nak laju lagi, aku risau kang aku accident plak, lepas tu dia suh aku rapat, mmg tak la aku nak rapatkan kereta aku dengan dia kan, tapi dia himpit aku lagi, dalam pada tu, mulut aku ni tak berhenti la cakap “Ya Allah, selamatkanlah aku dari lelaki India ni.”  Aku risau dia rapat- rapat, tiba-tiba dia campak acid, waaaaaaaaa, tak nak nokkk..  da la dia himpit kan, aku dah nak terlanggar penghadang jalan tu dah. Nasib tak langgar sbb kelajuan aku dengan dia masa tu, 110kmj.  Tempah maut betul la masa tu, ishh.. then dia dapat jugak campak kertas tu dalam kereta aku. Tp aku tak dapat nak tengok la sebab kertas tu jatuh kat tempat kak, so aku biar kan je . ingat kan dah tak nak ikut, rupanya dia cucuk jugak belakang aku, last- last lepas je bulatan Jalan kuching tu, aku tengok jam, nasib baik la aku ni pandai nak selit-selit, dapat jugak aku selit kiri, jap lagi lane belah kiri perlahan pulak, jumpa lagi dia kat sebelah, macam haram betul laaaaa, then ada stesyen minyak belah kiri aku, dia suruh aku berhenti, haaaa, tu dah melampau, aku dah tak fikir apa, aku terus tekan minyak. Aku selit selit je, dia pun laju, yang bestnya. Sampai ada susur nak masuk Jalan Tun razak tu, aku dapat tipu dia, aku buat-buat nak terus, dekat je dengan simpang tu, aku terus masuk kiri. Wahahahahaahaha. Padan muka. Than sampai office aku tengok dekat kertas tu, dia tulis number phone dia, ni number phone dia 0162361819. Dia tulis nama dia ROY and ada tandatangan sekalai, haha, tu kelakar, lepas tu, aku post pasal ni sikit kat facebook. Then ada kawan aku tolong aku carikan  nama dia sebab kawan aku kerja dekat syarikat telekomunikasi, and dia dapat nama sebenarnya Ramesh a/l Arumugam, umur 33tahun, alamat rumah dia, No 33, 137 Jalan Hospital Serendah. ! alamak ! this is bad news for me la, sebab aku pun duduk serendah jugak, aiyooo. Jangan la esok jumpa lagi, aku cuak oh. So nak report polis ke tak? Nak report ke tak ? hurmm.. im thinking about that. Thanks for reading, Take care for all girl out there, if korang kena follow, 1st kena buat, tengok number plate ok. Tak pun biar dia follow, korang bawak dia sampai ke balai polis, habis cerita. HAHA. Ok. Thanks bye. 

Wednesday, June 8, 2011

ada aku kisah kau nak bawak turun siapa ? :P

Ok, dekat sini aku nak bising sikit la kan, kau memang betul betul melampau la, memang la Husband aku hutang dengan kau kan, tapi kau punya suara tu agak – agak sikit bila cakap dengan aku, kalau aku cakap elok – elok, tolong balas elok sikit okay ? senang pulak kau cakap nak hentak kepala aku, bak datang tengok, kau yang hentak pale aku ke aku yang hentak kepala kau, jangan ingat aku ni lembik kea pa la. Kau nak panggil back up kau? Panggil la, ada aku kisah ke ? kau nak panggil si hitam legam tu ?? panggil la , aku tak heran la, peduli apa aku dengan kau dah kan, kau cakap kau tolong kiteorang  kau tak dapat apa kan ? ha ah, memandang kan kau dah cakap macam tu, kau dah out dari list aku okay ? mmg kau takkan dapat apa. Kepada kawan – kawan yang lain pulak, lain kali, kalau tak nak tolong, cakap awal –awal okay ? jangan dah tolong, lepas tu canang cerita dekat kalangan kawan – kawan semua pasal kiteorang, thats is very very very and very BAD, okay? Jangan sampai aku meletup la pulak, kau nak meletup sangat ke?? Silalah, aku nak tengok jugak kan . sebab kau ni dah melampau, selama ni aku respect kau, kau tiba- tiba nak angin pulak kan, agak ah , orang pun hutang dengan aku tak bayar – bayar sampai sekarang, aku tak de bising macam kau la. Kau senang cakap la kan, kau tak tahu macam mana keadaan aku sekarang, kau tade anak bole la cakap kan.  Nak ada anak dah, tp pergi buang kan, baik la sangat kan peragai macam tu kan?  Tapi takpe la , aku doakan terbaik untuk kau, hope kau bahagia lah sampai bila – bila, tapi jangan lagi sekali kau buat aku marah la, kau KALAU DAH KAU RASA KAU KUAT SANGAT LA KAN. Lain kali bila call tu jangan la cakap cm ni “KAU NAK AKU BAWAK TURUN BUDAK- BUDAK AKU KE?” wahahahahaahahahahahahahahahahahahaha, Nampak sangat kau bacul la weyh ! kau yang penakut okay ? apa ni ? kata berani sangat kan ? sorry to say la, masa semalam kau call aku tu, aku BUKAN SENGAJA LETAK PHONE, tp ada incoming call, so TERPAKSA la end call. Okay encik? Faham? Ke tak faham lagi jugak ? aku rasa kau ni memang kawan yang jenis tak berguna la. Dah ludah lepastu jilat balik, haha, aku kesian la dengan kau. Kau ingat aku batak sangat la kawan dengan kau ? aku rasa macam semua kawan tak berguna la, tapi tak semua la. Mana kawan – kawan aku dari kecik tu, i love you all so  much ok, even kalau ada pernah bergaduh ke, tu hal kanak- kanak dulu k??  Ohh, aku lupa lagi, then kau cakap pulak laki aku tu nak lari dari masalah and termasuk aku sekali la yang kau cakap nak lari dari masalah kan. Tolong sikit ye, kau tuduh kiteorang off phone?? Sorry la derr, aku memang tak pernah nk off phone, tp NOKIA TORCH aku tuh battery dia dah gila, yang kau gatal call banyak kali, so terOFF la sendiri =) hahaha, kesian kan dekat kau kan ?  aku ni dah la, pagi2 tengok la phone, lepas tu phone simpan dalam handbag, sampai la ke malam karang. So i cant hear anything from you!! :p  malam nk tido bila nk set alarm barulah ternampak kau punya msg kan, sorry la der. Haha, teruskan usaha anda, aku tak cakap aku tak nak bayar ye, Cuma sekarang ni waktu kiteorang tengah sesak, tolong la faham ok? Terpulang pada kau nk faham ke tak sbb aku tahu kau bukan jenis yang boleh faham kan. Takpe, kau dengan kawan kau yang lagi sorang tu sama dengan je la. Takpe, harini hari kau, macam ni kau buat aku, Allah tu maha Adil. =) kita tunggu dan lihat aja ok? Aku tak pernah nak doakan kau yang buruk – buruk okay ? haa, lepas ni mesti ada siapa siapa yang baca ni report dekat kau kan, ada aku kisah ? ni hak aku nak cakap apa kat sini . blog aku . janji aku tak terang – terang letak nama kau, siapa makan cili terasa la pedasnyaa. Weee. ASSALAMMUALAIKUM . =) 


Should i give up or not? Oh Allah, help me please.

Assalammualaikum terlebih dahulu aku katakan di sini. Aku ada banyak sangat yang hendak di luahkan disini, lately ni, banyak sangat aku nak kena face masalah. Macam- macam masalah datang dengan serentak, kenapa semua nak jadi dekat aku ni ? semua benda aku nak kena hadap sorang- sorang la, ada laki tp tak reti nak buat apa – apa, macam ni baik tak payah ada laki. Nasib la aku sayang laki, tp macam mana pun aku ada tahap kesabaran aku jugak. Lepas satu, satu masalah aku, kenapa Allah duga aku sampai macam ni. Tapi takpe, aku kalau boleh tak nak mengeluh dengan segala dugaan yang Allah turunkan dekat aku, mungkin juga Allah tu sayang aku, sebab tu Dia turunkan dugaan macam ni dekat aku, tp Ya Allah, tolonglah hambaMu ini dalam mengharungi semua dugaan yang telah Engkau berikan, aku dah tidak kuat lagi . aku tak mampu hendak menghadap semua masalah ini keseorangan. Semua orang takkan faham aku, yang korang boleh bagi adalah nasihat macam – macam, suruh buat macam ni la macam tu la , kau ingat aku boleh ke nak menghadap sorang ?? cuba korang letakkan diri korang dekat tempat aku, haaa, aku rasa korang tak sekuat aku, aku rasa la.. takpe la , dah ni nasib aku dan ini lah jalan yang aku pilih, nak tak nak terpaksa hadap, aku dah ada anak. Nak di ikutkan hati ni, aku nak jadi fulltime wifey okay, jaga anak sendiri dekat rumah, itu cita – cita aku, malah bukan cita – cita aku sorang, tp cita – cita semua perempuan dekat dunia ni la kott, siapa yang tak nak jaga anak sendiri kan .. aku dah tak de siapa nak luahkan semua masalah aku, hanya di sini sahaja dan aku berharap agar tidak ada mana – mana pihak nak mempertikaikan apa yang aku perkatakan di sini kerana ini adalah hak aku. Aku seorang yang lemah ataupun tidak? Ya Allah, aku mohon petunjuk dariMu Ya Allah.. Bantulah hambaMu ini Ya Allah. L


  
Ya Allah...


Aku memohon perlindungan dariMu Ya Allah...
Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah....
aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...

Ujian apakah ini Ya Allah....
Aku tidak harus mempersoalkannya..
Ampunkan aku Ya Allah...

Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah...
Jika ini jalan untuk ku Ya Allah..
Aku Redha Ya Allah..
.
Aku mohon padaMu Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam apa jua dugaan yang Engkau turunkan padaku.
Amin





Artinya: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek."


“…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”




INSYAALLAH..



Thursday, June 2, 2011

anakku daneea :)

Hello everybody.. J aku tak tahu la kenapa hari ni macam hari yang tersangatlah membosankan. Even aku dekat office pun, memang bosan sangat – sangat laa. Tak tahu nak buat apa. Tapi nasib baik la ade pendrive. Dalam pendrive tu ada la gambar – gambar anak aku, DANNEA masa umur dia dalam 3 – 7 months tak silap, time rambut dia tengah botak :D haha. Saje saje je nak masuukan dekat dalam blog, maklumla, kan aku cakap tadi, AKU BOSAN ! grrr, lapar la L takpee, bawah ni semua gambar daneea. Tengok – tengoklah ye... malas la nak ubah kedudukan gambar tu, so aku masukkan terus je..  tak tersusun and aku saja biar besar :)


Nurin Daneea Alyana Bt Muhammad Soufee Ezwan
3 – 7 months old.( dlm gambar)
03.04.2009




























okaaayyy, terima kasih kerana sudi menatap semua gambar di atas, tiada apa apa keistimewaan pun yang ingin ku tunjukkan :) ni adalah gambar - gambar daneea semasa kecil dan tunggu esok, aku akan masukkan gambar terbaru nea yang di ambil semalam . :D