Friday, November 11, 2011

daneea milikku dunia akhirat

ASSALAMMUALAIKUM 

“Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.” Perkahwinan adalah ikatan yang suci diantara suami dan isteri, namun disebabkan tiada lagi persefahaman maka ramai pasangan yang memilih jalan pintas untuk berpisah daripada duduk berbincang meleraikan kekusutan. 

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah ialah talak (perceraian).” Perceraian dibenarkan dalam Islam atas sebab-sebab tertentu seperti suami isteri sudah tidak lagi bahagia hidup bersama disebabkan masalah komunikasi, penderaan fizikal atau emosi, masalah seksual atau tidak memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam berumahtangga sehingga menimbulkan pertelingkahan. 
Malah yang lebih menyedihkan ialah apabila berlaku perceraian hak penjagaan anak seringkali menjadi rebutan dan nafkah anak tidak ditunaikan.
Dalam Islam, tanggungjawab memelihara anak terletak dibahu ibu bapa. Apabila berlaku perceraian, timbul persoalan siapakah yang akan memikul tanggungjawab tersebut. 
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar: 
“Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: ´Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku´. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda: “Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.” (Riwayat Abu Daud) 
Berdasarkan hadis ini jelas menetapkan bahawa anak pasangan yang bercerai lebih berhak berada di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya. Pertimbangannya adalah kerana tugas mendidik anak sesuai dengan sifat lahiriah ibu yang lebih penyayang, lebih tahu dan sabar mendidik dan mengasuh anaknya. 
Menurut Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUKIS) 2003, ibu adalah yang paling berhak berbanding segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.
Walaupun berlaku perceraian, hubungan di antara anak dengan ibu dan bapanya tidak terputus. Hubungan itu kekal sebagaimana kekalnya tanggungjawab bapa memberi nafkah kepada anaknya walaupun bapa tidak mendapat hak penjagaan anak tersebut. Ini termaktub dalam Seksyen 72 EUKIS. Nafkah termasuklah menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pelajaran dan apa-apa keperluan anak tersebut. 
Sekiranya ditakdirkan jodoh tidak panjang, mungkin ada hikmah disebaliknya. Janganlah rasa dendam dan marah pada pasangan dilepaskan pada anak yang tidak mengerti apa yang berlaku. Hak penjagaan anak perlulah diterima dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah untuk dilaksanakan.

“Wahai anak! Ini bapamu dan ini ibumu, peganglah tangan siapa yang kamu suka antara mereka berdua. Lalu anak itu memegang tangan ibunya, lantas ibunya membawa ia pergi.” 
(Riwayat Imam Ahmad) 


Kalau seorang bapa berkelakuan begini, berhakkah dia mendapat hak penjagaan anak ?? pergi clubbing, anak tinggal rumah . GOOD PICTURE SOPI J
Haaa, lu fikirlah sendiri . GOTCHA !
Dengan gambar yang tertera di atas ini adalah bekas suamiku, sedikit pun aku tidak rasa cemburu. Tapi kau dah buat satu kesilapan besar yang membolehkan aku mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya. Thank you J

LAGU DI BAWAH INI KHAS BUAT KAU





No comments:

Post a Comment