Wednesday, June 8, 2011

Should i give up or not? Oh Allah, help me please.

Assalammualaikum terlebih dahulu aku katakan di sini. Aku ada banyak sangat yang hendak di luahkan disini, lately ni, banyak sangat aku nak kena face masalah. Macam- macam masalah datang dengan serentak, kenapa semua nak jadi dekat aku ni ? semua benda aku nak kena hadap sorang- sorang la, ada laki tp tak reti nak buat apa – apa, macam ni baik tak payah ada laki. Nasib la aku sayang laki, tp macam mana pun aku ada tahap kesabaran aku jugak. Lepas satu, satu masalah aku, kenapa Allah duga aku sampai macam ni. Tapi takpe, aku kalau boleh tak nak mengeluh dengan segala dugaan yang Allah turunkan dekat aku, mungkin juga Allah tu sayang aku, sebab tu Dia turunkan dugaan macam ni dekat aku, tp Ya Allah, tolonglah hambaMu ini dalam mengharungi semua dugaan yang telah Engkau berikan, aku dah tidak kuat lagi . aku tak mampu hendak menghadap semua masalah ini keseorangan. Semua orang takkan faham aku, yang korang boleh bagi adalah nasihat macam – macam, suruh buat macam ni la macam tu la , kau ingat aku boleh ke nak menghadap sorang ?? cuba korang letakkan diri korang dekat tempat aku, haaa, aku rasa korang tak sekuat aku, aku rasa la.. takpe la , dah ni nasib aku dan ini lah jalan yang aku pilih, nak tak nak terpaksa hadap, aku dah ada anak. Nak di ikutkan hati ni, aku nak jadi fulltime wifey okay, jaga anak sendiri dekat rumah, itu cita – cita aku, malah bukan cita – cita aku sorang, tp cita – cita semua perempuan dekat dunia ni la kott, siapa yang tak nak jaga anak sendiri kan .. aku dah tak de siapa nak luahkan semua masalah aku, hanya di sini sahaja dan aku berharap agar tidak ada mana – mana pihak nak mempertikaikan apa yang aku perkatakan di sini kerana ini adalah hak aku. Aku seorang yang lemah ataupun tidak? Ya Allah, aku mohon petunjuk dariMu Ya Allah.. Bantulah hambaMu ini Ya Allah. L


  
Ya Allah...


Aku memohon perlindungan dariMu Ya Allah...
Sesungguhnya aku hamba Mu yang lemah....
aku harap dapat melalui hidup ini dengan seribu ketakwaan, kesabaran...

Ujian apakah ini Ya Allah....
Aku tidak harus mempersoalkannya..
Ampunkan aku Ya Allah...

Andai ini yang terbaik untuk ku Ya Allah...
Jika ini jalan untuk ku Ya Allah..
Aku Redha Ya Allah..
.
Aku mohon padaMu Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam apa jua dugaan yang Engkau turunkan padaku.
Amin





Artinya: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang jelek."


“…sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”




INSYAALLAH..



No comments:

Post a Comment