Friday, May 27, 2011

hasad dengki dan cemburu

Assalammualaikum
Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf di atas segala yang akan aku perkatakan nanti, akan tetap, apa yang bakal aku ceritakan nanti bukanlah nak menyinggung perasaan mana mana pihak, harap faham. Ini adalah lumrah kehidupan yang berlaku dalam hidup ORANG MELAYU...
Masalah pertama adalah HASAD DENGKI.

“Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali-Imran: 120) 
Jadi dekat sini aku bukan nak kata apa la kan. Tapi kalau boleh hindarkan, apabila kite dengki kepada seseorang, NIAT JAHAT kita AUTOMATIC dalam kepala, macam macam kita nak buat kat dia, kan tak baik tu, tu namanya dah naya orang, contoh la , kau tak puas hati dengan teman sepejabat korang, padahal dia tak buat apa – apa pun, just sebab kau sentap tengok dia dah mula rapat dengan orang lain, habis kau bawak mulut dengan semua orang dalam pejabat and boss, buatnya kau naya dia sampai dia kena buang kerja macam mana ? fikir tak yang dia dating kerja nak cari rezeki yang halal nak tanggung anak and keluarga la senang, bila kau aniaya dia, macam mana dia nak cari makan ? Dan apabila kau tengok pulak, hidup dia bahagia walau kau tahu yang hakikatnya hidup dia tengah susah dan banyak masalah, tapi kau DENGKI tgk dia hidup bahagia sedangkan kau tidak. Fikirkanlah. BERINGATLAH SEBELUM TERKENA PADA BATANG HIDUNG KAU SENDIRI, ALLAH MAHA ADIL DAN MAHA BERKUASA, bila – bila masa boleh kena pada diri kau balik. Buanglah sikap HASAD DENGKI itu. WALHAL orang tu tidak berbuat apa apa pun dekat kau, bagi aku, setiap orang ada TAHAP KESABARAN. TANPA KAU SEDAR PERLAHAN – LAHAN ORANG ITU NAMPAK KAU CUBA MEMBURUKKANNYA. INSAFLAH wahai hamba Allah sorang ni. UMUR MAKIN MENINGKAT, RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI. Jangan ada sifat tak puas hati tu. Di sini, aku doakan kau cepatlah bertaubat. YA ALLAH KAU UBAHLAH SIKAP ********* DAN BUKAKANLAH PINTU HATINYA. AMIN. Jangan tunggu sampai Allah dah TUTUP PINTU HATI KITA. Sedarlah wahai manusia. JANGAN ASYIK NAK BUAT ORANG. INI IBARAT ENGKAU TIKAM DARI BELAKANG.


Meskipun sikap hasad itu merupakan sikap yang buruk dan mesti kita hindarkan daripada diri kita, namun Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa tidak semua sikap hasad itu buruk. Ada juga yang positif sehingga boleh dimiliki dan dilakukan. Perkara ini dinyatakan oleh baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud: 
“Hasad tidak diperbolehkan kecuali dalam dua perkara, iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t harta yang banyak lalu digunakan untuk kepentingan kebenaran dan iri hati kepada orang yang dianugerahi Allah s.w.t dengan ilmu yang banyak lalu ia mengamalkan ilmu itu dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Riwayat Bukhari)

Terus terang aku cakap dekat sini, aku tak berniat nak menyindir siapa – siapa, yang mana yang terasa tu, nasib koranglah sebab terang terang aku cakap AKU TAK MENYINDIR SIAPA SIAPA. Dulu aku pun ada sikap DENGKI ni, tapi lama – lama, kita dah besar, pandai fikir, buat apa nak ada semua sikap tu ? betul takk? Chill sudah laa.  Aku bosan ni, tiba2 terlintas nak cakap pasal isu ni.
Seorang cendikiawan berkata: ” Orang yang  memeliki perasaan hasad dengki  telah menentang Allah s.w.t. dengan lima perkara  iaitu:
·         Kerana dia membenci nikmat Allah s.w.t. yang telah diberi kepada  orang lain.
·         Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah dia berkata: “Mengapa Engkau bagiku  benda seperti ini ?”
·         Dia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.
·         Dia menghina waliyullah (kekuasaan ) sebab dia ingin mencabut nikmat Allah s.w.t. yang telah diberikan kepadanya.
·         Dia telah membantu  iblis laknatullah.

Masalah Kedua adalah CEMBURU.
Cemburu ni kita dah biasa dengar dekat mana mana, tapi dekat sini, aku tak nak ketengahkan isu CEMBURU DALAM ALAM PERCINTAAN! Uikss, malas aku, tak kawen apa semua, tak ada hubungan yang sah, tak payah lah nak cemburu cemburu ni, buang masa and waktu korang je sebenarnya sebab dah tentu ke korang akan kahwin dengan orang yang korang tengah BERCINTA tu ? ok dah dah, malas cakap pasal tangkap cintan ni. Cemburu dengan dengki lain maksudnya, nanti aku terangkan perbezaan tu . apa yang aku nak ketengahkan ni sifat cemburu pada kawan – kawan, kadang – kadang aku sendiri pelik, jadi dekat diri aku jugak kadang – kadang la kan, kenapa perlu cemburu terhadap kawan – kawan sendiri ? apa keistimewaan mereka, akan tetapi setiap hamba Allah ada keistimewaan masing – masing, semua orang ada tu, jadi tak payah la nk cemburu ke apa, tak payah la nak update update status kat FB yang korang cemburukan sesiapa, buat malu diri sendiri je la, okay ? boleh cemburu dekat kawan – kawan, tapi beragak la kan, jangan la sebab kawan kau dapat beli bra kat LA SENZA pun kau cemburu jugak, itu namanya OVER CEMBURU. Hidup ni ikut kemampuan masing – masing.
Ulama akhlak dalam maktab Ahlul Bait telah mengklasifikasikan Hasad dan cemburu sebagai dua entiti yang berbeza. Kebiasaannya orang yang mengidap penyakit Hasad akan tidak senang duduk, malah dirinya tidak akan puas selagi orang yang dihasad itu belum ditimpa musibah. Pengidap penyakit ini akan cuba sedaya upaya supaya kelebihan yang ada pada orang lain disingkirkan. Namun orang yang cemburu pula tidaklah tergamak melakukan perbuatan khianat bahkan ia hanya berangan-angan ingin kelebihan itu ada pada dirinya juga.
Cemburu tidaklah haram asalkan dalam persaingan mendapatkan sifat-sifat yang baik contohnya sifat sedekah, ahli ibadat atau kejayaan hidup yang menjadi inspirasi semua orang.
Imam Sodiq mengatakan:
ان الموءمن يغبط ولا يحسد والمنافق يحسد ولا يغبط
"Orang yang beriman cemburu tetapi tidak Hasad. Orang munafiq berhasad dengki namun tidak cemburu". - al-Kafi, jilid 2 halaman 307
Riwayat daripada Rasulullah:
ان المؤمن يغبط و المنافق يحسد
"Sesungguhnya orang beriman cemburu, dan tidak berhasad" - Mahajjatul Baidha, jilid 5 halaman 33.
Kesimpulan.
Hasad mencetuskan usaha menghalang seseorang tidak mencapai kegemilangannya. Namun cemburu pula meningkatkan motivasi seseorang itu berusaha sedaya upaya supaya ia mendapat kejayaan dalam jurusan yang diimpikannya.
Dengan ini aku ingin meminta maaf kepada mana mana pihak yang terasa.
YA ALLAH YA TUHANKU, KAU JAUHKANLAH AKU DARI PERKARA HASAD DENGKI DAN CEMBURU INI. AMIN.



1 comment: