Tuesday, July 12, 2011

Insan bernama LELAKI

Lelaki ??
Tanggungjawab Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
 
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh
.
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. 
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
 
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu
. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. 
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung
dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya 
. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita : 
1. ibunya
, 
2. isterinya
,
3. anak perempuannya
 , dan 
4. saudara perempuannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat 
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki…kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin…maka dengan keistimewaan itu,
JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya…
supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
 
“Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
Renung- renungkanlah apa yang aku cakap dekat atas tadi, cukup dahulu aku tak dihargai. Adakah peluang kali kedua untuk aku ? InsyaAllah, akan tetapi buat masa ini, aku rasa susah, baru hendak menyayangi tetapi telah hilang kepercayaan, maka hilanglah kepercyaanku terhadap insan bernama LELAKI. Perlu ke aku percaya insan bernama LELAKI ? aku masih trauma, fobia dan takut dengan apa yang telah aku lalui dahulu, bagi ku, LELAKI SEMUA SAMA. Kebanyakkan lelaki tak sedar betapa besarnya tanggungjawab dia, yang banyaknya hanya tahu lepas tangan, maklum la zaman sekarang kan, biar isteri je tanggung semua. Huh. Aku macam pandang lelaki ni sebelah mata jee. Grr.  SHOULD I TRUST THEM ?? 


kenapa aku post lagu ni ? saja je, haha 




No comments:

Post a Comment